mutakhir

Jururawat maut kereta terbabas

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

JURURAWAT Hospital Machang maut selepas Perodua Myvi dipandu terbabas dan melanggar tiang dalam kemalangan di Kilometer 3.1 Jalan Lama Machang-Pasir Puteh dekat Bukit Tiu, Machang, hari ini.

Dalam kejadian pada 7.20 pagi, mangsa Kalppana Bee Nagoor Kassim, 54, yang juga Ketua Jururawat di hospital itu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Machang menghala ke Pasir Puteh.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar tiang elektrik di kanan jalan.

“Akibat itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kematian masih dalam siasatan, dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 12:19pm
d