mutakhir

Asrama pekerja terbakar

Oleh Mohd Sabran Md Sani

SATU blok dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja terletak di depan sebuah bank di Jalan Ismail Sultan, Johor Bahru terbakar, 11.47 pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Hairinizam Mostapa berkata, 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kebakaran 11.47 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Setakat ini (1.30 tengah hari ini), operasi memadam kebakaran masih berjalan,” katanya.

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 2:05pm
d