mutakhir

Diganti Isnin lalu

Oleh Nabihah Kamal

 

PAPAN tanda 'Dewan Ramai Orang Semenyih' yang tular sejak Isnin lalu sudah diperbetulkan kepada 'Dewan Orang Ramai Semenyih' pada hari sama ia dipasang dan tular.

Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menggantikan papan tanda itu.

“Ia dipasang pada Isnin dan pada hari yang sama MPKj tukar dalam kadar segera.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal,” katanya.

Menurut Kamarul Izlan, pihaknya menukarkan papan tanda itu sebagai inisiatif untuk mencantikkan lagi dewan yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat.

“Selain tukarkan papan tanda kepada yang baru, MPKj dalam usaha menambah baik dengan mencantikkan dewan orang ramai itu,” katanya.

Pada Isnin, tular di laman sosial apabila gambar papan tanda di dewan di Semenyih mempunyai kesalahan tatabahasa iaitu ‘Dewan Ramai Orang’.

Netizen mengecam dengan ada yang mendakwa ia dilakukan oleh pekerja Bangladesh.

Bagaimanapun MPKj menyangkal kenyataan itu dan ia hanya sekadar andaian netizen.

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 3:39pm
d