mutakhir

Zahid tak halang Mahathir jumpa Anwar

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nafi terbabit menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur, semalam.

Dr Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mengeluarkan arahan berkenaan sebaliknya kebenaran bagi sebarang pertemuan adalah tertakluk kepada pihak Penjara Sungai Buloh.

"Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya tidak menyentuh berkenaan perkara operasi,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak dibenarkan untuk melawat Ketua Umum PKR itu yang sedang menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan bahu kanan pada November lalu.

Dr Mahathir turut mendakwa Jabatan Penjara menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri supaya beliau tidak dibenarkan bertemu Anwar.

Disiarkan pada: January 11, 2018 @ 12:16pm
d