mutakhir

Lemas mandi bersama rakan

Oleh Junaidi Ladjana

MAYAT kanak-kanak yang hilang ketika ketika mandi di Sungai Ansip, Keningau, ditemui kira-kira 8.05 malam tadi.

Mangsa, Leonardo Talisi mandi bersama beberapa rakannya di sungai berkenaan, kira-kira 5 petang.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.51 petang.

Menurutnya, satu jentera bersama 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat bermula 7.30 malam dan mayat mangsa ditemui 35 minit kemudian di lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau,” katanya.

Disiarkan pada: January 11, 2018 @ 11:16pm
d