mutakhir

Dua ragut suri rumah direman

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Machang: Dua lelaki adik-beradik yang meragut seorang suri rumah hingga menyebabkan wanita itu koma di Kampung Sri Rebana di sini, masing-masing direman empat dan tujuh hari mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, perintah tahanan reman itu diperoleh bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti jenayah lain yang dilakukan kedua-dua suspek.

“Suspek berusia 14 tahun dan masih bersekolah itu direman empat hari manakala abangnya berusia 26 tahun direman tujuh hari,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2018 @ 4:21am
d