mutakhir

Kampung ku masih tenggelam

Oleh BERNAMA

MANGSA banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 individu pada malam tadi kepada 1,360.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 8 pagi ini, seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga berada di empat PPS di Segamat, 1,225 mangsa daripada 342 keluarga pula di lapan PPS di Mersing dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS di Kota Tinggi.

“Di Segamat, penduduk terjejas adalah dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam manakala di Mersing pula membabitkan Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah dan Kampung Benaung.

“Di Kota Tinggi, penduduk terbabit bencana banjir adalah dari Kampung Perepat,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, dua keluarga dari Kampung Batu 7 Jementah, Segamat dan 183 keluarga dari Kampung Peroh, Kampung Pucor, Kampung Sedohok serta Kampung Berasau di Kluang juga terputus hubungan akibat bencana berkenaan.

Disiarkan pada: January 15, 2018 @ 11:01am
d