mutakhir

1,440 sertai Nature Fun Ride 2018

Oleh HM Digital

Putrajaya: Seramai 1,440 peserta menyertai program berbasikal santai Nature Fun Ride 2018 yang julung kali dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini, semalam.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri berkata, melalui program kayuhan santai, ia dapat menyedarkan kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

“Tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang sederhana.

“Justeru, semua pihak perlu meningkatkan kefahaman mereka supaya usaha memelihara alam sekitar terus dipertingkatkan dan bukannya meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan,” katanya kepada media selepas pelepasan program Nature Fun Ride 2018 di sini, semalam.

Sebanyak 12 agensi di bawah kementerian itu juga turut mengadakan aktiviti menarik kepada orang ramai termasuk memberikan informasi peranan agensi kepada masyarakat.

Hamim berkata, generasi baru akan mengucapkan terima kasih kerana pendekatan masyarakat hari ini dalam menjaga alam sekitar.

“Persekitaran bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

“Selain aktiviti berbasikal ini, program itu turut mengadakan pertandingan HamimYokk Ledang’s Challenge iaitu pertandingan permainan aplikasi telefon pintar yang pertama di negara ini yang berkonsepkan ekopelancongan,” katanya.

Disiarkan pada: January 15, 2018 @ 1:11pm
d