mutakhir

Rumah yang sedang dibaiki hangus [METROTV]

Oleh Junaidi Ladjana

DUA beranak terselamat selepas rumah mereka terbakar di Jalan Rumah Murah Kepayan, Kota Kinabalu, petang hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, rumah milik Hazian Manap, 43, musnah 60 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Jamaluddin Hussin berkata, sepasukan 30 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan 3.33 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, rumah berkenaan sedang terbakar dan operasi memadam terus dilakukan.

"Selepas 27 minit kemudian, api berjaya dikawal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan

Difahamkan ketika kejadian, Hazian bersama seorang anak lelakinya berusia 12 tahun serta beberapa pekerja yang sedang membaiki rumahnya.

Disiarkan pada: January 15, 2018 @ 6:23pm
d