mutakhir

Ibu kejam direman empat hari

Oleh Junaidi Ladjana

POLIS Penampang masih menyiasat punca sebenar kejadian seorang ibu melibas tiga anaknya menggunakan pisau pemotong daging di sebuah flet di Putatan, Penampang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek berusia 34 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati terdapat tompokan darah di luar pintu rumah suspek.

Bagaimanapun usaha untuk menemubual mangsa dan ahli keluarga gagal apabila rumah itu tidak berpenghuni.

Disiarkan pada: January 16, 2018 @ 6:18pm
d