mutakhir

Petunjuk baru kes culik paderi

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menemui petunjuk baru dalam kes penculikan paderi Pastor Raymond Koh Keng Joo, 63, yang hilang sejak Februari 2017.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki yang dikenali sebagai Lam Chang Nam dipercayai bersubahat menculik paderi itu.

Katanya, lelaki itu sudah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Lelaki itu disyaki terbabit menculik Pastor Raymond Koh bersama tujuh individu lain yang masih bebas.

“Kita sudah menemui petunjuk baru bagi mengaitkan Lam Chang Nam dengan kes itu dan siasatan mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh ini masih berterusan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Siasatan terhadap kehilangan Koh sudah berlangsung hampir 11 bulan sejak dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya, 13 Februari lalu.

Laporan turut menyebut paderi itu kali terakhir dilihat memandu Honda Accord seorang diri sebelum kejadian.

Berita berkaitan:

Sindiket dadah dan senjata dalang culik

Seorang individu ditahan

Siasat cerita culik

Polis Hatyai tidak terima laporan

Akan berhubung Polis Thailand

Akibat 'gatal' mulut

Disiarkan pada: January 16, 2018 @ 10:51pm
d