mutakhir

Dituduh ugut bunuh kekasih bekas isteri [METROTV]<strong> </strong>

Oleh HM Digital

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh kekasih bekas isterinya akibat cemburu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Asmawi Hasni, 39, dari Kampung Duyong Besar di sini, turut berdepan hukuman penjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengugut mahu membunuh Muhammad Amirul Azman, 21, di sebuah restoran di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 3.30 petang, 8 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 4:44am
d