mutakhir

Polis ambil sample DNA

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS sudah merakam percakapan 31 saksi membabitkan penghuni PPR Sri Pantai berhubung kes remaja maut akibat terkena kerusi yang dibaling dari tingkat 21, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, selain itu Uni Siasatan Tempat Kejadian Forensik (CSI) turut mengambil sampel asid deosiribonukleik (DNA) daripada lima individu yang dirakam percakapan.

"Polis juga mengambil sampel DNA pada kerusi berkenaan untuk dianalisis bagi meneruskan siasatan.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini memandangkan siasatan masih dijalankan," katanya.

Mazlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat DSP Tonny Lunggan di talian 03-90516222.

Kelmarin, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas di Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam.

Dalam kejadian pada 8.30 malam itu, S Sathiwaran yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan sedang berjalan bersama ibunya S Kasthurivai, 45, untuk balik ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit.

Berita berkaitan

Kerusi dilempar dari atas bunuh remaja [METROTV]

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 5:07pm
d