mutakhir

Tahan lasak, kalis air dan debu [METROTV]

Oleh Afiq Hanif

Tahan lasak dan sesuai untuk kaki swafoto. Itulah gambaran kepada dua model baru, Samsung Galaxy A8 dan A8+ yang mula ditawarkan hari ini.

Tiga warna menjadi pilihan iaitu kelabu, hitam dan emas.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ mempunyai dwi kamera 16 megapiksel dan 8 megapiksel pada apertur f1.9 yang merakam swafoto lebih jelas dan terperinci.

Kamera utama pula 16 megapiksel selain dilengkapi IP68 yang membolehkannya kalis air dan debu.

Kedua-dua model ini dibezakan dengan saiz, storan, RAM dan kapasiti bateri.

Samsung Galaxy A8 mempunyai skrin 5.6 inci FHD+ Super AMOLED, storan 32GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Manakala Samsung Galaxy A8+ pula memiliki skrin 6.0 inci FHD+ Super AMOLED, storan 64GB, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ masing-masing dijual pada harga RM1,799 dan RM2,499.

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 5:52pm
d