mutakhir

Kono lompang pasal ayam [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PEKERJA pasar raya di Seremban, bukan saja ditolak malah turut ditampar seorang pelanggan lelaki yang dipercayai tidak puas hati dengan pesanan ayam dibuatnya.

Rakaman video yang tular di laman sosial Facebook (FB) sejak semalam, menunjukkan detik remaja berusia 17 tahun terbabit diperlakukan demikian.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Ahad lalu, remaja terbabit yang bekerja sebagai pemotong ayam dikatakan diserang lelaki tidak dikenali yang tidak puas hati pesanan ayam dibuatnya belum diterima.

Lelaki itu dikatakan marah lalu menolak mangsa dan menamparnya sebelum orang ramai yang menyedari kejadian bertindak meleraikan pergaduhan.

Kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman berdurasi 41 saat berkenaan menjadi tular di FB serta aplikasi WhatsApp.

Susulan kejadian itu, mangsa memaklumkan kepada ahli keluarganya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Seremban, Isnin lalu.

Video berkenaan setakat ini sudah dikongsi lebih 3,000 pengguna media sosial dan mendapat pelbagai komen netizen yang rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu menampar mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan pelaku.

Disiarkan pada: January 17, 2018 @ 8:42pm
d