mutakhir

Betulkan pindaan Perlembagaan jika tak sesuai

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar mengesyorkan beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 sekiranya memberi kesan tidak baik dan tidak mengikut keadaan semasa.

Baginda bertitah, ia perlu diperbetulkan supaya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjadi sandaran pemerintahan Malaysia sejak sekian lama itu, terus terpelihara.

"Berpaksikan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang dikuatkuasakan pada 1957 terus menjadi sandaran pada pemerintahan Malaysia.

“€œNamun begitu terdapat juga beberapa pindaan dan penambahbaikan yang dibuat mengikut keadaan semasa dan keperluan ketika itu.

“€œJika ada pindaan yang dibuat dahulu memberikan kesan tidak baik hari ini, saya syorkan perkara ini dibetulkan demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang terus dipelihara,”€ katanya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Muar di Muar hari ini.

Hadir sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menyeru masyarakat di negara ini untuk menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman dan jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.

“€œSaya percaya bukan mudah pikul tanggungjawab sebagai seorang hakim. Mereka perlu banyak bersabar dan berkorban selain perlu mengasingkan siri serta tidak mendedahkan diri mereka kepada aktiviti sosial yang boleh menimbulkan curiga hingga mengganggu mereka kebebasan mereka membuat keputusan.

“€œOleh demikian kehidupan hakim sentiasa sunyi dan tersendiri kerana mereka tidak boleh bergaul bebas, tidak semua undangan majlis boleh dihadiri dan lokasi yang hendak pergi hendaklah di tempat yang tidak jatuh imej mereka,” katanya.

Disiarkan pada: January 18, 2018 @ 3:31pm
d