mutakhir

Masjid Paris musnah dijilat api!

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

SEDERET 30 kedai dan sebuah masjid di Kampung Paris 3, dekat Kinabatangan, terbakar kira-kira 2.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dibantu BBP Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.34 pagi.

"Sebaik tiba, api sedang marak dan operasi segera dijalankan sebelum kebakaran berjaya dikawal pada 5 pagi.

"Pemeriksaan mendapati 30 kedai musnah sepenuhnya manakala masjid di kawasan sama terbakar 80 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan mangsa.

"Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: January 19, 2018 @ 10:23am
d