mutakhir

Lelaki ditahan seludup, jual 250 karton rokok

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Kota Tinggi: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas menyeludup dan menjual 250 karton pelbagai jenis rokok bernilai RM20,000 dalam serbuan di sebuah kedai di FELDA Sungai Sibol di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daeah (IPD) Kota Tinggi pada jam 1 petang kelmarin.

“Sepasukan anggota JSJ IPD Kota Tinggi diketuai Inspektor P Devendiran bersama anggota membuat serbuan di sebuah kedai di FELDA Sungai Sibol.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan pelbagai kartun rokok dan kami menahan seorang lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang belum lulus Kastam atau larangan.

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah atau penjualan barangan seludup diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: January 20, 2018 @ 4:58am
d