mutakhir

Budak tergelincir ketika memancing [METROTV]

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

KANAK-KANAK lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Belat, dekat Jaya Gading, Kuantan, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohd Danish Haikal Semar dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu selepas tergelincir ketika memancing bersama beberapa rakannya kira-kira 2 petang itu.

“Bomba menerima laporan pada 2.42 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas ke lokasi kejadian,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa belum ditemui dan operasi mencari turut disertai unit skuba bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Disiarkan pada: January 20, 2018 @ 8:41pm
d