mutakhir

Jeritan rakan gagalkan cubaan samun

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

PEKERJA wanita sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, Tumpat diacukan pisau di pinggang dan ditolak dalam cubaan samun di stesen minyak itu, 9.05 malam tadi.

Mangsa yang berusia 32 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa sebelum itu berada berhampiran pam minyak didatangi dua suspek lelaki lingkungan 20-an yang menunggang motosikal Honda Wave.

“€œSuspek mengisi minyak motosikal mereka dan sebaik selesai, seorang daripadanya (pembonceng) tiba-tiba mengacukan pisau ke pinggang mangsa.

“€œMangsa melawan kembali untuk mempertahankan diri dan berlaku tolak-menolak sebelum mangsa dijatuhkan, manakala suspek cuba mengambil wang RM40 yang tercicir daripada tangan mangsa.

“€œRakan mangsa yang berada kira-kira 10 meter dari lokasi, sempat melihat kejadian dan menjerit meminta tolong,”€ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek terkejut dengan jeritan itu segera melarikan diri dengan menunggang motosikal ke arah Kampung Delima, tanpa mengambil wang tunai berkenaan.

Katanya, turut tercicir sebilah pisau serta beg galas kecil dan usaha memburu mereka giat dilakukan manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 10:59am
d