mutakhir

Lelaki 'tujah' kepala wanita ditangkap

Oleh Nur Izzati Mohamad

LELAKI kurang siuman yang menolak kepala seorang wanita warga Indonesia di sebuah pondok perhentian bas dekat Taman Perwira, Bukit Mertajam pada 6 Januari lalu akhirnya ditahan berhampiran lokasi kejadian itu, malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam melalui maklumat orang awam yang melihat lelaki berkenaan merayau dalam keadaan tidak terurus di kawasan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan terhadap suspek mendapati dia mengaku marah dan menolak kepala wanita terbabit kerana tidak memakai tudung.

“€œKita menahan suspek untuk tindakan lanjut dan membawanya dari Balai Polis Bukit Tengah ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk pemeriksaan kesihatan.

"Suspek yang berasal dari Ipoh, Perak akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,”€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian 6 Januari lalu, wanita berusia 24 tahun didatangi seorang lelaki tidak waras yang bertindak menolak kepalanya berikutan marah mangsa tidak bertudung.

Bagaimanapun, wanita itu terus beredar bersama kakaknya dan membuat laporan polis.

Nik Ros Azhan berkata, keterangan diambil daripada bapa saudara suspek mendapati lelaki itu kurang siuman sejak 15 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 12:34pm
d