mutakhir

3 beradik salahkan kawan ambil syabu

Oleh Junaidi Ladjana

TIGA beradik lelaki antara enam individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah di beberapa kampung di Keningau, tengah malam tadi.

Dalam serbuan jam 12.20 tengah malam itu, tiga beradik berusia lingkungan 22 hingga 28 tahun masing-masing ditahan ketika sedang asyik melayan permainan video dalam talian di bilik rumah mereka.

Ketua Operasi AADK Keningau Azry Golbin@ Azmi berkata, ketika disoal siasat tiga beradik terbabit mengakui kerap mengambil syabu disebabkan pengaruh rakan-rakan mereka.

"Dalam operasi itu, tiga lagi ditahan termasuk seorang penjawat awam.

"Operasi ini adalah susulan aduan awam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Keningau untuk tindakan lanjut.

"Keputusan ujian saringan air kencing keenam-enam individu terbabit termasuk tiga beradik didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

"Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan ) 1983," katanya.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 1:06pm
d