mutakhir

Semoga kau girang di sana Azlan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

BURUH dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, kerana merosakkan motosikal milik adiknya gara-gara bengang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi ibu mereka.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Azlan Zaki, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat terhadap motosikal milik adiknya, Azhar, 34, yang mengakibatkan kerugian lebih RM25 di sebuah rumah di Jalan Banggol Mengabang Telipot, Kuala Nerus, 7.30 malam, 16 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengamuk apabila permintaannya meminta duit daripada ibunya tidak dipenuhi.

Terdahulu, tertuduh memukul ibunya menggunakan kayu dan mangsa yang melihat kejadian itu masuk campur menyebabkan tertuduh naik angin.

Tertuduh memarahi mangsa dan mengajak adiknya itu bergaduh.

Tertuduh kemudiannya merosakkan motosikal mangsa dan adik perempuan mereka menggunakan kayu.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 4:26pm
d