mutakhir

Rampas dadah RM6.3j di rumah sewa [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

POLIS rampas 90 kilogram syabu bernilai RM6.3 juta dan tahan dua lelaki dalam serbuan di Bukit Mertajam dan Georgetown, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan terbabit dilakukan pada 4 petang hasil risikan polis dan maklumat awam.

Menurutnya, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM3,150 dan dua kereta milik suspek.

“Dalam serbuan pertama kita menahan suspek yang berusia 31 tahun dan rampas semua dadah terbabit di rumah sewanya.

“Susulan daripada itu, seorang lagi suspek yang juga rakannya berusia 41 tahun ditahan dalam kereta di Pulau Tikus, Georgetown,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 5:20pm
d