mutakhir

Tragedi doktor

Oleh Faliq Lajim

Shah Alam: Kebimbangan sebuah keluarga yang gagal menghubungi salah seorang ahli keluarga sejak lima hari lalu membawa kepada penemuan mayatnya di sebuah pangsapuri di Seksyen U13, Setia Alam di sini.

Dalam kejadian jam 10.50 malam kelmarin, L Shanmugam, 30, yang juga doktor gigi di sebuah klinik di Klang ditemui mati di atas lantai pangsapuri disewa mangsa .

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ahli keluarga mangsa gagal menghubunginya sejak lima hari lalu sebelum mereka pergi ke rumah itu dan terhidu bau busuk.

“Ahli keluarga mangsa mendapati pintu kediaman dalam keadaan berkunci dan mereka terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan reput di lantai bilik tengah dan tiada kecederaan fizikal atau kesan pergelutan ditemui pada mangsa,” katanya.

Shafien berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa bekerja di sebuah klinik pergigian milik keluarganya di Klang.

“Mangsa pernah melakukan cubaan bunuh diri sebanyak tiga kali sebelum ini namun gagal selepas berjaya dipujuk ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: January 23, 2018 @ 4:58am
d