mutakhir

Reman pedofilia keji disambung [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

REMAN terhadap seorang pemilik pusat kebajikan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan cabul penghuni pusat berkenaan di Taman Sri Keramat dilanjut enam hari lagi

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, tempoh reman itu disambung bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut selepas tempoh reman sebelum ini yang bermula Jumaat lalu berakhir hari ini.

€œSambung reman dibenarkan selama enam hari sehingga 29 Januari ini.

"Turut disambung reman adalah isteri suspek yang berusia 30 tahun bagi meneruskan siasatan berhubung kejadian," katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu Harian Metro melaporkan, penghuni pusat kebajikan berkenaan yang berusia 12 tahun membongkar perbuatan jijik pemilik pusat kebajikan berkenaan selepas membuat laporan polis mendakwa dirogol dan dicabul lelaki berusia 55 tahun itu.

Suspek juga dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan berkenaan sedang mandi selain mencabul dan merogol mereka.

Difahamkan, aktiviti 'gila' itu dilakukan pemilik terbabit di pusat kebajikan ditubuhkannya di ibu kota sejak setahun lalu.

Perbuatan terkutuk itu turut diketahui seorang penjaga wanita pusat kebajikan berkenaan berusia 29 tahun namun dia seolah-olah tidak ambil peduli.

Disiarkan pada: January 23, 2018 @ 2:01pm
d