mutakhir

Pemandu maut, 3 penumpang cedera

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

PEMANDU lori maut manakala tiga penumpang bas cedera dalam kemalangan di Kilometer 17.3 Jalan Seremban-Tampin, dekat Pedas, hari ini.

Dalam kejadian 2.05 petang itu, Chan Swee Hing, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu mangsa dari arah Seremban menuju ke Tampin hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Lori mangsa kemudian bertembung dengan bas henti-henti yang datang dari arah Tampin.

"Kejadian turut mengakibatkan tiga penumpang bas cedera manakala pemandunya tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: January 23, 2018 @ 7:43pm
d