mutakhir

Hidup enjin terus 'masuk' kedai

Oleh Junaidi Ladjana

PENIAGA terselamat selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah kedai menjual makanan ringan di Jalan Pantai, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, wanita berusia 45 tidak cedera namun kedai dan keretanya rosak.

Difahamkan, wanita itu dikatakan baru saja menghidupkan enjin Perodua Alza sebelum hilang kawalan dan merempuh kedai menjual makanan ringan.

Difahamkan ketika kejadian kedai berkenaan belum beroperasi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Disiarkan pada: January 23, 2018 @ 11:42pm
d