mutakhir

Lelaki maut Myvi rempuh tiang elektrik

Oleh Muhammad Apendy Issahak

LELAKI maut apabila Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 2, Jalan Alternatif Kampung Bikam-Sungkai, Sungkai tengah malam tadi.

Pada kejadian 12.55 tengah malam, T Madan Kumar, 22, yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan mati di lokasi.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu bersendirian hilang kawalan sebelum terbabas.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 12:42pm
d