mutakhir

Tolong cari ibu bapa Faridon

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Rembau meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu bapa kandung kepada kanak-kanak lelaki Faridon Arif Arifpadzilah, 13, yang berhadapan masalah untuk membuat kad pengenalan kerana tiada dokumen lengkap.

JKM Rembau dalam satu kenyataan berkata, nama ibu kanak-kanak itu ialah Rohaya Razali, 40, manakala bapanya Arifpadzilah Hamidon, 75.

"Penjaga sementara Faridon Arif sudah berhubung dengan kami berikutan masalah mereka memohon kad pengenalan untuk kanak-kanak ini kerana tiada dokumen penjagaan yang sah.

"Malah, mereka juga memberitahu tidak dapat menghubungi ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit. Difahamkan ibu kepada Faridon Arif berasal dari Kelantan manakala bapanya dari Selangor," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit kini diletakkan bawah perintah sementara kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016 sementara siasatan lanjut dijalankan.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak itu diminta menghubungi Pegawai Pelindung di Pejabat JKM Rembau, Siti Aisyah Ibrahim di talian 06-6851472 atau datang ke pejabat berkenaan.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 6:58pm
d