mutakhir

Merana tersepit teksi rempuh van

Oleh HM Dgital

Seremban: Seorang pemandu teksi menahan kesakitan lebih 15 minit akibat tersepit selepas kereta dipandunya merempuh van sekolah di Jalan Forest Height, berdekatan simpang Taman Dusun Setia di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.16 petang, mangsa berusia 54 tahun mahu membuat pusingan U sebelum merempuh van sekolah berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Noorhaam Kasim berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu berikutan kenderaannya remuk.

“Kami menggunakan jentera hidraulik untuk mengeluarkan mangsa 10 minit kemudian.

“Mangsa yang cedera di kepala dan dada dibawa ke Hopsital Tuanku Ja’afar untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 4:32am
d