mutakhir

'Happy Boom' dirampas

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

POLIS menahan lelaki, 54, dan merampas mercun dan bunga api bernilai RM50,000 pada serbuan di sebuah rumah di Pasir Pinji, Ipoh, 11 malam tadi.

Barangan terbabit ditemui di ruang tamu, dua bilik dan dapur.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, suspek yang juga peniaga baru saja memperoleh bekalan terbabit.

“Ia untuk dijual sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Antara yang dirampas ialah ‘Happy Boom’, Papan Bulat dan ‘Ong Fire Works’.

“Suspek yang berasal dari Ipoh kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada kenyataannya, hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 11:13am
d