mutakhir

Dua beradik dan dadah berpisah tiada

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

DUA beradik dipercayai pengedar dadah ditahan di bilik sewa di Tanah Putih Baru, Kuantan, 4 pagi hari ini.

Suspek yang juga lelaki berusia 27 dan 29 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman hasil maklumat awam serta risikan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui dua peralatan menghisap dadah bersama syabu seberat 0.56 gram (g)

“Turut ditemui 5.07g heroin, 43.5g pil kuda dan 6.5g ganja.

“Ujian air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif methamphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 11:29am
d