mutakhir

Buruh jual dadah

Oleh Zulfa Mohamad

DUA buruh ditahan pada serbuan berasingan 3 pagi semalam kerana memiliki dan mengedar dadah.

Serbuan pertama dibuat di stesen minyak di Sungai Lokan, Butterworth membabitkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara diketuai Inspektor K Tanapalan.

Pada serbuan itu, lelaki, 38, ditahan dan pemeriksaan dalam beg sandangnya menemui tujuh paket plastik heroin dan tujuh paket syabu.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Lembah, Penaga, Kepala Batas.

“Pada serbuan kedua jam 8 pagi, kami menahan lelaki yang juga buruh berusia 30 tahun.

“Pemeriksaan menemui 13 paket plastik heroin dan satu paket plastik syabu.

“Ujian air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif morfin dan amphetamine,” katanya.

Jumlah keseluruhan dadah dirampas adalah RM9,132.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Disiarkan pada: January 25, 2018 @ 2:36pm
d