mutakhir

Rakyat Malaysia tidak terbabit

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TIADA rakyat Malaysia terbabit dalam kebakaran mengorbankan 37 orang di Hospital Sejong, Miryang, Wilayah Selatan Gyeongsang, Korea, pagi ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian 7.30 pagi waktu tempatan itu, 70 yang lain turut mengalami kecederaan.

"Kementerian mengesahkan maklumat berkenaan diterima daripada pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul," katanya.

Katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul boleh dihubungi melalui emel mwseoul@kln.gov.my atau talian telefon +822 20778600 atau +821089748699 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Disiarkan pada: January 26, 2018 @ 8:02pm
d