mutakhir

Caliph Buskers minta nasihat Dayang

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Walaupun bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) namun penyanyi utama Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd Saat tetap meminta pandangan daripada seorang lagi finalis, Dayang Nurfaizah mengenai teknik nyanyian.

Azmi akan beraksi di pentas AJL32 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 11 Februari depan menggantikan penyanyi dan pencipta asal lagu Sejati, Faizal Tahir.

Dayang yang juga penyandang juara tahun lalu sekali lagi bertanding menerusi lagu Separuh Matiku Bercinta ciptaan Ajai.

Walaupun ramai mengatakan Azmi mampu memberikan saingan kepada Dayang yang juga pemenang Vokal Terbaik AJL tiga tahun berturut-turut dan berpotensi untuk merampas anugerah itu, Azmi tetap berasakan ia sukar.

“Ramai lagi yang mampu memberikan persaingan seperti Ernie Zakri yang berduet dengan Syamel dan Wany Hasrita,” kata Azmi ketika ditemui di sesi ramah mesra bersama finalis AJL32 di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Disiarkan pada: January 28, 2018 @ 6:09am
d