mutakhir

Bengkel, rumah musnah terbakar

Oleh Nasrawati Syarifuddin

DUA belas motosikal musnah dalam kebakaran bengkel dan sebuah rumah di Felda Umas-Umas, Tawau, petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Katizah Rabahan berkata, pihaknya menerima panggilan 6 petang sebelum empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, 12 anggota bomba sukarela Felda Umas sedang berusaha memadam api daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Sebanyak 12 motosikal yang berada di dalam bengkel dan sebuah rumah dua tingkat turut musnah sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi terkawal pada jam 6.36 petang dan dipadam sepenuhnya sejam kemudian.

"Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: January 28, 2018 @ 10:28pm
d