mutakhir

RM50 dah boleh beli G-Shock

Oleh Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Jual jam tangan ciplak jenama terkemuka bernilai ratusan ringgit pada harga hanya sekitar RM50 setiap satu.

Kegiatan menjual jam tangan tiruan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyerbu tiga premis di Chow Kit di sini, pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, KPDNKK WPKL merampas 14,144 jam tangan jenama tiruan dianggarkan bernilai RM180,000 hasil pemeriksaan di tiga premis di Chow Kit termasuk dua premis yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah terkemuka di lokasi sama.

Ketua Operasinya, Ahmad Wildan Mat Hussin berkata, operasi dilakukan susulan aduan daripada pemilik cap dagang sah berhubung penjualan jam tangan tiruan membabitkan produk mereka.

Katanya, menerusi Op Barang Tiruan itu seramai 10 anggota KPDNKK dikerahkan bagi melakukan pemeriksaan di tiga premis yang didapati menjual jam tangan jenama Casio, G-Shock, Baby-G dan Ediface cetak rompak.

“Jam tangan terbabi menyamai produk asli dari luar negara dan dijual antara RM10 hingga RM50 bergantung kepada gred,” katanya.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 2:27am
d