mutakhir

Simpan dadah dalam dompet

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEORANG lelaki ditahan bersama 34 tiub mengandungi heroin dan satu paket lut sinar dadah jenis methamphetamine di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tengah malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 47 tahun itu menemui tiub dan paket berkenaan di dalam dompet.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya.

Abdul Ghani berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Soal siasat mendapati suspek mendapat bekalan daripada seorang lelaki di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama,” katanya.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 6:44pm
d