mutakhir

100 meter tanah runtuh

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

ORANG ramai diminta berhati-hati melalui Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands berikutan kejadian tanah runtuh dekat Kampung Meter Pos Betau, Lipis, 2.30 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian sepanjang kira-kira 100 meter di Kilometer 30 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands itu, dimaklumkan orang ramai ke Balai Polis Sungai Koyan sejam kemudian.

Pihaknya sudah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut, katanya.

Disiarkan pada: February 3, 2018 @ 9:19pm
d