mutakhir

Baling batu ke sekolah Vasanthapiriya

Oleh Shamsul Munir Safini

“Lain kali kena pakai helmet.” Begitulah kata seorang guru ketika memandu keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Nibong Tebal, susulan kejadian lelaki membaling batu ke kawasan sekolah itu, hari ini.

SMK Methodist Nibong Tebal adalah sekolah M Vasanthapiriya, 14, yang meninggal dunia, Khamis lalu selepas membunuh diri apabila dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, lelaki yang tidak dikenali membaling batu ke dalam kawasan sekolah terbabit menyebabkan pihak sekolah terpaksa membuat laporan polis.

Tinjauan di luar sekolah mendapati keseluruhan kawasan premis dikawal rapi dengan setiap kereta yang keluar masuk direkodkan dan dua pengawal keselamatan ditempatkan di pintu pagar sekolah.

Disiarkan pada: February 5, 2018 @ 5:47pm
d