mutakhir

3 kenderaan JPJ antara 5 hangus

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

TIGA kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kenderaan awam di tempat letak kenderaan JPJ Timbang Lori, Kuala Kangsar, musnah terbakar, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, tiga kenderaan JPJ yang terbakar itu membabitkan dua Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger manakala dua kenderaan awam jenis Volvo.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.36 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati kebakaran membabitkan lima kenderaan sebelum kerja pemadaman dijalankan.

"Api dipadamkan sepenuhnya dan anggota mendapati ketiga-tiga kendeaan JPJ musnah 90 peratus manakala dua kenderaan awam musnah 70 peratus.

"Siasatan bagi mengetahui punca kejadian masih dijalankan di lokasi ketika ini," katanya.

Disiarkan pada: February 6, 2018 @ 6:58am
d