mutakhir

Tak mengaku rogol kekasih bawah umur

Oleh Muhammad Razis Ismail

REMAJA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap dua tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Edry Farhan Buding, 19, bagaimana mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun di rumah di Jelawat, Bachok pada 8.15 pagi, 15 Januari 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 9 pagi, 17 Januari 2018.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan untuk laporan perubatan mangsa.

Tertuduh tidak mengemukakan rayuan terhadap jaminan itu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Mac 2018 untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: February 6, 2018 @ 5:12pm
d