mutakhir

'Naik gila' dek dadah

Oleh Mohd Rizal Abdullah

LELAKI bertindak gila dengan dengan cuba menetak abang dan ibu kandungnya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Tiris, Sibuti, Ahad lalu

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai dibawah pengaruh dadah sehingga tergamak cuba menetak darah dagingnya sendiri.

Menurut sumber, ibu suspek berusia lingkungan 60-an itu baru sahaja pulang ke rumah bersama anak lelakinya berusia 41 tahun yang juga abang kepada suspek dari pekan berhampiran.

Sumber itu berkata, setibanya ke rumah, suspek tiba-tiba mengamuk lalu terus cuba menetak ibu dan abangnya menggunakan parang.

"Abang suspek berjaya menepis dan merampas parang dari tangan suspek mengakibatkan pergelutan antara suspek dan abangnya, bagaimanapun, abang suspek dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya

Katanya, suspek kemudiannya melarikan diri sebelum abang suspek membuat laporan polis di Balai Polis Bekenu berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: February 7, 2018 @ 5:17pm
d