mutakhir

Isuzu D-Max tampil lebih menawan

Oleh Lizam Ridzuan

ISUZU Malaysia Sdn Bhd pengedar utama kenderaan Isuzu di negara ini memperkenalkan model baru trak pikap D-Max yang dipertingkatkan pada bahagian luaran dan dalaman hari ini di Kuala Lumpur.

Untuk model D-Max Premium 3.0 liter dan 2.5 liter serta Z-Prestige kini dilengkapi sistem hiburan dan maklumat dengan skrin sesentuh bersaiz 8 inci.

Ia berciri mesra pengguna dengan ketersambungan Bluetooth, sistem kedudukan global (GPS), "Smart Mirroring", Wi-Fi, USB, dan iPod.

Kerusi kulit baru juga dipasangkan pada model Premium AT (3.0L) dan Z-Prestige dengan reka bentuk sporty dan kontemporari.

Ciri tambahan lain yang disediakan ialah pelantar kargo gelongsor boleh ditarik ke pintu bahagian belakang bagi memudahkan urusan mengangkat dan mengambil barangan.

Warna baru Ungu Cavalry Mica akan menggantikan warna lama iaitu Biru Nautilus Mica antara pembaharuan yang diberi bagi trak pikap ini.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula daripada RM105,811 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti pengeluar atau 150,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Disiarkan pada: February 7, 2018 @ 8:11pm
d