mutakhir

10 lagi stesen Petronas bakal dibuka

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) sebanyak RM400 juta tahun ini bagi pengurusan operasinya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, kira-kira 80 peratus daripada jumlah Capex itu akan digunakan bagi membuka stesen baru dan menambah baik yang sedia ada.

Katanya, PDB turut merancang untuk membuka stesen Petronas baru di lokasi yang strategik di seluruh negara tahun ini.

"Kami menjangkakan 10 lagi stesen baru akan dibuka sepanjang 2018 dan setakat ini terdapat lebih dari 1000 stesen Petronas seluruh Malaysia.

"Selain itu, PDB akan melaksanakan kempen dan program bagi menghargai pelanggan Petronas terutama untuk setiap musim perayaan," katanya kepada media di majlis pelancaran kempen Coffee Break Petronas di Kuala Lumpur, hari ini.

#loc 3.1390030000000002, 101.68685499999999

#kw Petronas Dagangan Berhad

Disiarkan pada: February 8, 2018 @ 6:58pm
d