mutakhir

Osh dah beri keterangan

Oleh Halim Said

PENGARAH dan penerbit syarikat pengiklanan di Johor Bahru dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan Datuk Farid Kamil berkenaan terdapat pihak yang memasukkan dadah di dalam minuman tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, individu terbabit disahkan sebagai Ahmad Fairuz Ahmad Rusli, 47, atau Osh yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid.

“Individu terbabit sudah diambil keterangan dan menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Narkotik JBS, 5 pagi hari ini,” katanya.

Shahrunain berkata, keputusan ujian saringan air kencing artis terbabit masih dianalisa dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Hadir sama, peguam yang mewakili Fairuz, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar dan Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja.

Sementara itu Muhamad Akmal berkata, satu laporan polis akan dibuat di balai polis di Kuala Lumpur esok serta sidang media akan diadakan kemudian.

Disiarkan pada: February 11, 2018 @ 5:12pm
d