mutakhir

3 inisiatif NBOS jamin kedaulatan [METROTV]

Oleh HM Digital

Kluang: Kementerian Pertahanan melancarkan tiga inisiatif baru di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) Ops Samudera; Program Pembangunan Bioekonomi Komuniti (BCDP) dan Program Sukarelawan iM4U.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, inisiatif itu dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta iM4U dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

“Kemuncak program hari ini (semalam) adalah pelancaran beberapa inisiatif baru NBOS yang sebahagiannya membabitkan kerjasama antara kementerian dan agensi dengan Kementerian Pertahanan dan ATM.

“Sebagai Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong, saya dan berpuas hati dengan penganjuran program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Padang Awam Paloh, di sini, semalam.

Disiarkan pada: February 12, 2018 @ 9:29am
d