mutakhir

Itulah, tipu lagi kena rogol...

Oleh Norrasyidah Arshad

PELAJAR Tingkatan Enam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas tuduhan memberi laporan palsu kepada polis, 1 Februari lalu.

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, Roslizi menetapkan 26 Februari ini sebagai sebutan kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi maklumat palsu berhubung laporan polis yang dibuatnya dengan menyatakan dia diculik dan dirogol seorang lelaki.

Perbuatan berkenaan dilakukan di Balai Polis Klang, 6.43 petang, 1 Februari lalu.

Berikutan itu, dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh sebelum Roslizi membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam, diikat jamin sebanyak RM1,200 dengan seorang penjamin.

Disiarkan pada: February 12, 2018 @ 2:39pm
d