mutakhir

Sakit perut, muntah, pening kepala...

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

SERAMAI 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Marudu, Kota Marudu keracunan makanan selepas dipercayai memakan makanan yang dibeli dari kantin sekolah berkenaan, hari ini.

Mereka dihantar ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami simptom sakit perut, muntah, loya dan pening kepala.

Insiden itu disahkan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua murid terbabit diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca keracunan makanan.

"Notis Perintah Tutup Premis mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 juga sudah dikeluarkan kepada pengusaha kantin sekolah terbabit," katanya.

Difahamkan, murid sekolah terbabit mengadu sakit perut dam muntah-muntah selepas memakan makanan yang dibeli di kantin sekolah sebelum dibawa ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan rawatan.

Disiarkan pada: February 12, 2018 @ 8:05pm
d